Jumaat, 2 September 2011

Berhari Raya di Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir




Pengarah EME memberikan ucapan sulongnya di Pejabat ISMA Mesir
Setiausaha ISMA, Atase Pendidikan dan Pengerusi ISMA




Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnianya dapatlah saya sekeluarga dan Puan Zaleha Zulkifli, Penolong Akauntan yang baru, sampai di Rumah ISMA di Kaherah pada hari raya ke-3 bagi mengeratkan hubungan Silatur Rahim yang sedia ada.

Nabi SAW telah bersabda: " Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan silatur rahim".

Saya mengenali ISMA sebagai persatuan NGO sejak di Malaysia lagi. Ibu Pejabatnya terletak di Bangi. Begitu juga di Mesir yang merupakan persatuan pelajar yang berdaftar dengan pihak EME. Persatuan yang tidak ada kepentingan dengan mana-mana parti politik kepartian dan ikhlas dalam perjuangan.

Banyak pengalaman bersama persatuan ISMA Mesir di Kaherah dan paling saya tidak dapat lupakan ialah jasa beberapa orang anggota mereka yang membantu dalam proses evakuasi rakyat Malaysia semasa Revolusi Mesir meletus (selain itu terdapat NGO Putera Kelab 1Malaysia yang membantu). Bukan mudah ada pelajar menawarkan diri untuk menaip nama pelajar yang lain dengan angka yang ribuan, begitu juga dalam suasana evakuasi yang diibaratkan bagaikan kapal Tintanic yang hendak karam, namun ada anggota ISMAMesir datang membantu di saat getir itu.



                                                                   Ra'sus Sadr 2010

Pengenalan bersama ISMA Mesir berlaku juga, apabila saya menghadiri Majlis Perasmian Program Musim Panas 2010 untuk mewakili Prof Madya Dr. Jamil Hashim, Pengarah JPMK di waktu itu. Program yang bertujuan untuk membina jati diri itu amat berfaedah dan banyak manfaat kepada para pelajar. Saya sempat berkongsi kepentingan Soft Skills yang perlu ada pada seseorang mahasiswa/wi sebelum melangkah ke alam pekerjaan, antaranya yang paling penting ialah "Kemahiran Kesukarelawanan". Apalah maknanya persatuan tertua dan terbesar di dunia tetapi anggotanya melakukan kerja kebajikan kerana untuk dinilai oleh manusia, dan yang paling teruk sanggup mengaku dialah pejuang kebajikan dengan hanya mengambil nama atas hasil usaha orang lain. Maka, kemahiran kesukarelawanan itu hanyalah bersifat sementara, bukan kekal hingga ke alam pekerjaan nanti.

Akhir sekali, saya menyeru kepada semua Mahasiswa/wi Pengajian Islam dan Perubatan marilah kita bersama-sama atau bersama-samalah kita memperkasakan hubungan antara sesama insan di bulan yang mulia ini. Keberadaan kita di Mesir ini hanyalah sementara, tempat pencarian ilmu dan kemahiran untuk bekalan kita di medan sebenar iatu di bumi Malaysia tercinta.

Sekian, Salam Aidilfitri yang ke-4.

Khairi Jalalluddin